Monday, October 4, 2010

PENCEMARAN AIR

                               

TEO JIA QI
205961



PENCEMARAN AIR    



AIR sumber adalah penting untuk minuman , perikanan , sistem kebersihan , pertanian dan lain-lain . Oleh itu , air adalah komponen penting dalam kehidunpan manusia . Namun mengetahui kepentingan air dalam kehidupan , manusia mudah mengabaikannya dengan mencemarkannya dan mengotorkan laut , tasik , sungai dan longkang . Pencemaran mengikut definisi bermaksud “ Untuk meroskkan atau tidak bersih atau kotor.” Semasa air dirasakan tidak sesuai untuk digunakan oleh manusia , maka ia akan didefinisikan sebagai pencemaran air .                                                                     
                        Pada zaman kini , pencemaran air terdapat beberapa jenis . Antara jenis pencemaran air adalah seperti berikut :

Pencemaran terma – pencemaran terma boleh menyebabkan berlakunya pengurangan kadar oksigen di dalam air dan meningkatkan kadar keperluan biological oleh organisma akuatik untuk oksigen . Hal ini kerana pencemaran jenis  itu boleh berlaku apabila ari digunakan sebagai bahan penyejuk berdekatan kilang industri dan kemudian kembali kepada persekitaran akuatik dengan kadar suhu yang tinggi .


Pencemaran organik – Apabila bahan  organik ini meningkat di dalam tangki air , junlah bahan hancur akan meningkat. Hal ini kerana pencemaran organic berlaku apabila lebihan bahan organnik seperti baja dan kumbahan memasuki air . Bahan hancur akan menggunakan banyak oksigen apabila proses kehancuran berlaku . Dengan itu , kekurangan oksigen akan membunuh organisma akuatik . Semasa organisma akuatik itu mati , ia akan sama musnah dengan bahan hancur berkenaan .

Pencemaran Ekologikal – Sebagai contoh , pencemaran ekologikal akan meningkat daripada bahan aliran selepas berlaku tanah runtuh , juga akan meningkat jumlah kotoran dalam air . Hal ini kerana pencemaran ekologikal akan berlaku apabila pencemaran bahan  kimia , pencemaran organic atau pencemaran terma berlaku daripada persekitaran alam , bukannya aktiviti kemanusiaan . Contoh lain ialah apabila haiwan seperti rusa mati lemas dalam banjir dan kemudian sejumlah besar bahan organik yang mengalir ke dalam air .  


Pencemaran toksik – penyumbang terbesar kepada pencemaran kimia ialah racun rumpai , racun serangga dan bahan buangan industri . Hal ini kerana sejenis pencemaran berbentuk kimia yang tidak terhasil dalam sistem  akuatik .




Pencemaran air membawa masalah kepada manusia dan alam sekitar . Hal ini kerana masalah pencemaran air telah semakin serius dan mempengaruhi kehidupan kita . Kesan-kesan pencemaran air telah menjadi masalah yang perlu diatasi oleh manusia . Antara kesan-kesan pencemaran air adalah seperti berikut :


KESAN KEPADA HIDUPAN AKUATIK

Alam sekitar rosak dengan teruk terutama di tempat yang mengalami pencemaran air .Pencemaran air memberi kesan kepada sistem eko laut , sungai , muara , tasik dan air dari tanah . 

Bagaimanapun , pencemaran air bukan hanya memberi kesan kepada alam sekitar , malah turut memberikan kesan kepada spesies yang menggunakan alm sebagai habitat . Hidupan liar akuatik adalah antara mangsa pencemaran air . Sejenis pencemaran yang memberikan kesan kepada air ialah bentuk fizikal , seperti peningkatan suhu . Oleh kerana air dialirkan daripada kilang industri , hampir 15 hingga 25 miligram air yang dipanaskan diairkan ke dalam sistem penyrjuk air .

Apabila air panas itu dialirkan keluar ke sungai suhu air sungai itu akan meningkat . Hasilnya , ia akan mengganggu perhubungan ekologikal di antara sistem air dan hidupan akuatik . Malah , peningkatan suhu walau sedikit adalah bahaya kepada pelbagai ikan dan hidupan akuatik lain .


KESAN KEPADA KESIHATAN MANUSIA

Semua jenis pencemaran air mempunyai kesan dan berbahaya kepada manusia serta spesies lain jika ia terlalu serius . Contohnya , sodium boleh menjadi implikasi kepada masalah jantung , nitat pula mampu menyebabkan masalah darah .

Disenteri , salmonella , cryptosporidium dan hepatitis adalah antara penyakit yang berjangkit menerusi keracunan air minuman dan air untuk mandi . Sesetengah pantai , sungai dan tasik tidak sesuai untuk orang ramai bersantai kerana bahan buangan kilang yang mencemari kawasan itu .

Pencemaran air menjadi masalah yang amat serius di Negara dunia ketiga di mana jutaan manusia mendapatkan air minuman dari kawasan yang dicemari dengan bahan buangan manusia sendiri . Pencemaran sebigini dikatakan menyebabkan lebih tiga juta kematian setiap tahun  kerana cirit-birit , kebanyakannya terdiri daripada kanak-kanak .





KESAN KEPADA TUMBUHAN BIOMASS

Dengan peningkatan pencemaran kimia seperti nitrat dan fosfat , ia boleh menyebabkan kerosakan rumpair dalam sistem air , sekali gus mengubah habitat tumbuhan akuatik . Hal ini kerana pencemaran air turut kesan kepada tumbuhan .



KESAN KEPADA TANAH BASAH


Tanah basah menyediakan habitat kepada banyak organisma hidup dan species tumbuhan . Apabila fosforus daripada pencemaran bahan kimia ditambah dalam system air , lebih banyak rumpair tumbuh . kebanyakan daripada fosforus yang ditambah ke dalam sistem air dihasilkan daripada kilang industri yang berhampiran . Dengan peningkatan fosforus , ia menyebabkan ekosistem menjadi tidak seimbang . Pencemaran air berkaitan dengan jatuhnya kualiti air yang diukur daripada criteria biological , kimia dan fizikal . 

Gambar-gambar di bawah menunjukkan kejadian-kejadian  pencemaran air:











    







Dalam usaha mengekalkan tahap pencemaran semasa supaya tidak menjadi lebih teruk maka langkah-langkah yang wajar perlu diambil supaya punca pencemaran dapat dikurangkan dan antara langkah-langkah yang boleh diambil adalah seperti berikut :-


a)      Pemansangan perangkap sampah

Kita perlu merangkap sampah dipasang di tempat-tempat strategik di sepanjang parit utama untuk memerangkap sampah sarap juga memudahkan pengurusan penyelenggaraan . Hal ini adalah untuk mengatasi sampah sarap dialirkan oleh air melalui longkang .


b)     Menyediakan tangki takungan bawah tanah yang dirawat

Kita perlu menyediakan tangki takungan bawah tanah dan menggunakan bioteknologi selaras dengan usaha negara . Dengan itu , kita dapat mengatasi masalah pelepasan air buangan domestik supaya tidak dilepaskan terus ke dalam sistem perparitan .Oleh itu , pihak kerajaan mesti memperuntukkan sejumlah wang supaya sistem perparitan daripada kawasan perumahan terutama kawasan perindustrian perlu dibina saluran paip khas .



c)      Kempen kesedaran melalui iklan TV

Kempen kesedaran melalui iklan TV mengenai kesan sikap individu yang membuang sampah tanpa memikirkan kesannya . Ini adalah untuk mengatasi masalah sikap kebanyakan penduduk yang bersikap ‘tidak apa’ perlu ditangani .

Sudah tiba masanya kita kembali siapa sebenar yang memerlukan ‘soul reawakening’. Oleh yang demikian ,  kita harus fikirkan keadaan generasi akan datang yang terpaksa menanggung hasil tindakan yang kita buat hari ini . Selain itu , adalah setiap individu berubah kita seharusnya tidak mementingkan diri sendiri .

d)     Menambah bilanag tong sampah di pusat pengumpulan sampah
Tong sampah perlu ditambah di tempat strategik sebagai pusat pengumpulan sampah supaya sampah tidak melimpah . Hal ini kerana hasil tinjauan juga mendapati bahawa pengurusan sampah yang lemah bukan sahaja pada peringkat sekolah tetapi juga peringkat majlis perbandaran yang menyebabkan sampah sarap dibuang  di longkang atau parit .
                                                                     

PENCEMARAN UDARA

Ø  ABDUL RAHMAN BIN A AZIZ
Ø  205945
 PENCEMARAN UDARA


Pencemaran udara boleh didefinasikan sebagai terdapatnya gas, cecair atau zarah yang terkandung di dalam udara sehingga menyebabkan  perubahan dan menjejaskan hidupan dan juga persekitaran. Bahan-bahan tersebut berterbangan di udara dan memberi kesan negatif kepada manusia, tumbuh-tumbuhan dan haiwan. Bahan-bahan ini akan masuk ke dalam tubuh manusia melalui proses pernafasan, keadaan  ini boleh menimbulkan pelbagai penyakit seperti penyakit barah, asma, kekejangan dan anemia.
Pencemaran udara terbahagi kepada dua iaitu pencemaran udara primer dan pencemaran udara sekunder. Pencemaran udara primer merupakan penghasilan sulfur monoksida dan karbon monoksida akibat daripada proses pembakaran yang tidak lengkap. Proses ini menyebabkan zarah-zarah yang halus terampai-ampai di udara dan memberi kesan sampingan kepada kesihatan kita. Kebanyakan pencemaran udara primer ini dilepaskan melalui ekzos kenderaan, kawasan industri dan penggunaan dapur arang kayu.
Pencemaran udara sekunder pula adalah tindak balas sulfur dioksida yang bergabung dan membentuk dengan gas-gas yang tidak diperlukan oleh benda hidup. Sulfur dioksida memerlukan gas seperti karbon monoksida dan sulfur monoksida (pencemar primer) untuk membentuk gas-gas lain. Sebagai contoh, gabungan sulfur dioksida, sulfur monoksida dan wap air akan menghasilkan asid sulfurik.
                                     

                                          
Pencemaran udara boleh berpunca daripada pelbagai faktor yang menyumbang antaranya seperti aktiviti perindustrian dan pembangunan. Perkembangan ekonomi Malaysia bergantung kepada industri pembuatan, terutamanya elektronik, kimia dan juga getah. Namun kadar pengeluaran yang kian meningkat telah menyebabkan penambahan kepada pencemaran.  Kilang penapis minyak mengeluarkan asap yang mengandungi sulfur dioksida dan hidrokarbon manakala industri logam pula mencemarkan udara dengan sulfur dioksida dan habuk toksik.
Selain itu, kenderaan bermotor juga menyumbang kepada pencemaran udara. Masyarakat moden amat bergantung kepada pengangkutan bermotor seperti kereta, lori dan keretapi yang hampir kesemuanya membakar bahan api  fosil yang menghasilkan asap. Dalam sektor pengangkutan, kenderaan motor adalah penyumbang utama kepada pencemaran udara. Penggunaan pengangkutan awam akan mengurangkan impak pencemaran ke atas alam sekitar. Dalam tahun 2004, 14 juta kenderaan berdaftar digunakan di Malaysia, angka ini dua kali ganda berbanding dengan sedekad lalu.   
Aktiviti harian juga penyebab berlakunya pencemaran udara. Isi rumah menyumbang kepada pencemaran melalui penggunaan tenaga untuk mesin dan perkakas elektrik seperti peti sejuk. Peti sejuk dan penyaman udara bukan sahaja menggunakan banyak tenaga tetapi alat-alat ini juga mencemarkan udara apabila cecair penyejuk yang digunakan melepaskan klorofluorokarban (CFC) ke udara seterusnya menipiskan lapisan ozon. Peralatan rumah seperti penyembur aerosol yang mengandungi CFC juga adalah punca pencemaran udara.
Udara yang tercemar juga berpunca daripada pembakaran terbuka.Pembakaran pokok tua di kawasan ladang untuk tujuan penanaman semula banyak partikel jelaga. Partikel jelaga ini boleh diterbangkan pada jarak yang jauh oleh angin dan inilah punca jerebu yang kerap menyelubungi ruang udara Malaysia.
Pencemaran udara boleh mengakibatkan pelbagai kesan negatif  kepada hidupan dan alam. Kesan utama pencemaran udara adalah ke atas kesihatan manusia. Manusia akan menghidap pelbagai penyakit akibat menghidu udara yang tercemar. Sekiranya udara yang dihidu telah dicemari, saluran pernafasan akan menyerap pelbagai bahan pencemar masuk ke dalam paru-paru. Keadaan ini seterusnya akan menyebabkan fungsi paru-paru terjejas dan sistem pengaliran darah mengalami masalah.
                         
Di samping itu, pencemaran udara juga memberi kesan ke atas atmosfera. Bahan-bahan pencemar seperti CFC(klorofluorokarbon) boleh mengakibatkan lapisan ozon menjadi nipis dan bocor. Ini kerana bahan-bahan tersebut bertindak balas dengan lapisan ozon sehingga menguraikan oksigen yang membentuknya. Hasilnya kandungan karbon dioksida dalam udara bertambah serta memberi kesan rumah hijau dan kepanasan bumi akan meningkat. Penipisan lapisan ozon akan mengakibatkan sinar ultra-ungu menembusi atmosfera tanpa lapisan dan menjejaskan kesihatan manusia.
Pencemaran udara juga memberi kesan kepada tanaman. Tumbuh-tumbuhan memerlukan udara dalam proses fotosistesis dan tumbesaran. Jika udara mengandungi bahan pencemar, ini mengakibatkan kekurangan karbon dioksida untuk proses penghasilan klorofil. Ini akan mengakibatkan tumbuhan menguning dan mati. Tisu-tisu tumbuhan juga mengalami masalah dan akan reput akibat tindak balas bahan pencemar yang terlekat pada pokok-pokok dan tumbuhan.
Selain itu, pencemaran udara juga memberi kesan kepada bangunan. Bangunan khususnya yang diperbuat daripada batu kapur boleh mengalami keretakan dan roboh. Ini kerana bahan-bahan pencemar yang terdiri daripada bahan kimia berbahaya akan melekat dan bertindak balas ke atas batu dan meretakkan bangunan. Bangunan akan menjadi pudar, kotor, dan rapuh.
Kesimpulannya, pencemaran udara memberi impak negatif yang amat besar kepada umat manusia. Oleh demikian, langkah-langkah proaktif perlu diambil seperti undang-undang yang lebih  ketat dan penguatkuasaannya perlu ditingkatkan agar pencemaran udara dapat diminimumkan.

PEMBALAKAN

          Dihasilkan oleh:MOHD HATTA BIN AMRI
           No matrik:20589

                        AKIBAT  PEMBALAKAN  TIDAK TERKAWAL



         seperti yang semua sedia maklum,hutan merupakan salah satu sumber alam yang sangat bernilai dan memberi pelbagai manfaat dan pulangan kepada manusia.Aktiviti pembangunan yang begitu pesat menyebabkan kawasan hutan semakin berkurangan dari semasa ke semasa.Antara aktiviti-aktiviti tersebut adalah seperti pembinaan kawasan perumahan,kawasan perindustrian dan  sebagainya.Kesemua aktiviti tersebut telah mengakibatkan kawasan hutan di teroka dengan begitu rakus.Disamping itu,terdapat juga aktiviti pembalakkan haram di sesuatu kawasan hutan.Aktiviti ini sememangnya dilakukan untuk mengaut keuntungan yang berlipat kali ganda tanpa memikirkan kepentingan hutan kepada manusia sejagat.Menurut satu kajian hutan di dunia pernah meliputi 60% daripada kawasan dataran bumi yang kini hanya tinggal sesetengah sahaja.
        Terdapat pelbagai kesan aktiviti pembalakan yang tidak terkawal dalam kehidupan seharian kita.Antara kesan-kesan tersebut adalah seperti peningkatan suhu bumi.Hal ini terjadi adalah disebabkan oleh pancaran terus cahaya matahari di permukaan bumi tanpa halangan daripada pokok-pokok di hutan.Pokok-pokok yang telah ditebang akan mengakibatkan sesuatu kawasan tersebut menjadi rata dan hal ini akan memgakibatkan pancaran terus cahaya matahari  di permukaan bumi.Oleh hal yang demikian,suhu bumi akan meningkat dan situasi ini secara tidak langsung memberi kesan dalam kehidupan kita. .
        Kesan yang seturusnya akibat daripada aktiviti pembalakan yang tidak terkawal ialah kepupusan flora dan fauna.Disebabkan aktiviti pembalakan flora dan fauna yang terdiri daripada pelbagai jenis tumbuh-tumbuhan dan binatang akan pupus.Hal ini terjadi kerana hutan merupakan hibitat ataupun tempat tinggal kepada kelompok tersebut.Flora dan fauna merupakan salah satu eset terpenting kepada sesebuah negara.Bilangannya semakin hari semakin berkurangan akibat daripada aktiviti pembalakan.Ianya mampu menjadi daya penarik kepada aktiviti pelancomgan di sesebuah negara. tersebut.Sekiranya flora dan fauna ini pupus maka tarikan pelancong ke seseatu tempat tersebut menjadi kurang.Kedatangan pelancong asing ke seseatu tempat itu secara tidak langsung akan meningkatkan taraf ekonomi penduduk setempat dan hal ini juga boleh menguntungkan negara kerana pengaliran matawang asing di dalam negara.Kepupusan flora dan fauna juga akan mengakibatkan generasi akan datang tidak mengetahui dan mengenali tentang kewujudan flora dan fauna tersebut .Hal ini amat merugikan kerana mereka tidak dapat melihat sendiri flora dan fauna tersebut.Selain itu,sember perubatan tradisional seperti kacip fatimah dan tangkat ali akan musnah akibat daripada aktiviti pembalakanBagi orang-orang yang tinggal di dalam kawasan hutan seperti orang asli sumber makanan dan pendapatan mereka turut terjejas.
       Seterusnya,hutan-hutan yang diterokai menyebabkan tanah yang dilindungi terdedah kepada pelbagai bencana alam.Hal ini berpunca daripada hutan tidak lagi dapat berfungsi sebagai kawasan tadahan hujan. Apabila hujan lebat melanda sesuatu kawasan,air yang turun tersebut terus menghakis permukaan bumi yang gondol tersebut lalu membawa hakisan tanah-tanah ini ke dalam sungai. Kejadian ini dapat kita lihatmisalnya pada kejadian tanah runtuh. Kejadian ini berlaku kerana ketiadaan akar tumbuhan yang meneengkam tanah£¬ terutamanya tebing atau tanah tinggi. Sungai pula akan menjadi semakin cetek sebagai akibat pemendakan tanah lumpur di dasarnya. Keadaan ini akan menyebabkan banjir kilat lebih mudah melanda. Selain itu£¬ tanah yang terdedah kepada panearan cahaya matahari akan menjadi kontang dan tidak subur untuk aktiviti pertanian. Keadaan dan kejadian ini membuktikan bahawa penerokaan kawasan hutan menyebabkan manusia terdedah kepada kejadian bencana alam   
      Selain yang dinyatakan di atas,kesan yag seterusnya ialah kawasan tadahan air hujan terjejas.Seperti yang diketahui umum air merupakan keperluan asas kepada kesemua hidupan di muka bumi.Kandungan air bersih yang terkandung di permukaan bumi adalan sedikit jumlahnya jika dibandingkan dengan jumlah air yang tidak bersih.Oleh itu,takungan air hujan di bukit-bukit boleh menjadi sember air bersih kepada penduduk-penduduk yang tinggal di kawasam pedalaman.Pada kebiasaanya aktiviti pembalakan yang di jalankan di kawasan tersebut mungkin meninggalkan kesan yang negatif kepada penduduk setempat seperti pencemaran air yang disebabkan oleh aktiviti yang dijalankan.Hal ini menimbulkan masalah kepada setip penduduk di kawasan tersebut.                                               
       Kesimpulannya, kawasan hutan mempunyai pelbagai khazanah yang sangat bernilai dan perlu dipelihara agar ianya terus berkekalan. Pihak Kerajaan harus menguatkuasakan undang-undang dengan lebih tegas agar pembalakan haram dapat diatasi dengan sepenuhnya. Aktiviti Pembalakan secara  terancang harus diamalkan supaya hutan tidak musnah dan semua kehidupan yang menghuninya tidak akan  pupus. Kempen seperti antipengimportan kayu hutan tropika merupakan satu tindakan yang bijak daripada negara?negara maju bagi membendung masalah ini. Oleh itu,negara-negara maju harus bekerjasama dengan negara-negara yang ekonominya bergantung pada aktiviti pembalakan. Dengan cara inipembalakan terkawal dan aktiviti pertanian terkawal dapat diperkenalkan dan diamalkan.

PENAPISAN LAPISAN OZON

LOK WEI LEE
205632


Penipisan Lapisan Ozon



                      Pada permukaan bumi, terdapat satu lapisan gas yang dinamakan sebagai lapisan ozon. Lapisan ozon ini mula dikenali oleh seorang ilmuwan dari Jerman dan namanya ialah Christian Friedrich Schonbein pada tahun 1839.Lapisan ozon ini wujud di antara lapisan Stratosfera dan Mesostera dan ia terletak di antara 15 hingga 35 kilometer dari permukaan bumi. Ozon terbentuk dari tiga oksigen (O3  ). Ia merupakan gas yang tidak berwarna dan juga beracun jika ia berdekat pada permukaan bumi. Apabila ozon dihisap, ia akan merusak paru-paru. Tetapi, jumlah kandungan ozon adalah sangat sedikit.
 

                        Walaupun jumlah molekul adalah sangat sedikit, ia merupakan lapisan pelindungan utama bumi dari bahaya sinar radiasi Ultra Violet (UV) yang dipancarkan oleh matahai. Lapisan ini sangat penting kerana lapisan ini dapat menyerap radiasi UV dari matahari dan melindungi radiasi yang tinggi sampai ke permukaan bumi. Radiasi UV merupakan tenaga panas yang berasal dari matahari. Jenis radiasi ini dapat diklasifikasi menurut panjang gelombangnya. Ia diukur dalam unit nanometer (nm). Bagi radiasi yang mempunyai panjang gelombang yang pendek, ia mempunyai tenaga yang besar. Oleh itu, radiasi UV yang mempunyai jarak gelombang yang pendek ini boleh merusak semua kehidupan dalam bumi. Jadi, lapisan ozon ini berfungsi sebagai melindungi bumi daripada kemusnahan radiasi UV sebelum ia sampai ke permukaan bumi dan merusak kehidupan bumi. Selain itu, lapisan ini juga boleh mempengaruhi suhu bumi. Semakin nipis lapisan ozon, semakin tinggi suhu di dalam bumi kerana lebih banyak radiasi UV memasuki ke dalam bumi.


                        Penipisan lapisan ozon berlaku adalah disebabkan gas buatan manusia, iaitu kloroflorokarbon (CFC). CFC ini merupakan penyebab utama penipisan lapisan ozon dan ia banyak digunakan dalam masyarakat perindustrian kini terutamanya kilang-kilang elektronik. Banyak peralatan juga melepaskan gas CFC ini ke dalam udara, contohnya kulkas, hawa dingin, bahan dorong dalam penyembur dan lain-lain.
 
                        Gas CFC yang dilepaskan akan naik ke atas lapisan ozon. Pada mulanya, CFC ini akan disinar oleh radiasi UV dan kemudian molekul CFC akan menyerap tenaga yang mencukupinya untuk terurai dan melepaskan 1 atom klorin. Atom klorin yang terlepas ini akan bergerak-gerak di dalam lapisan ozo n dan memusnahkan ozon. Atom klorin ini akan bereaksi dengan ozon dan ia akan memecahkan ozon(O3) kepada oksida(O) dan oksigen(O2). Oleh itu, kandungan ozon akan menjadi semakin kurang manakala kandungan oksida dan oksigen menjadi semakin meningkat. Inilah merupakan proses yang menghasilkan penipisan lapisan ozon dan lubang ozon.


                        Oleh itu, beberapa langkah yang efektif harus dijalankan untuk mengatasi dan menghalangkan lapisan ozon terus diancam. Antaranya ialah penguatkuasaan undang-undang Akta Kualiti Alam Sekitar 1974. Akta ini akan memberi dendaan, kompaun atau menarik lesen ke atas penyumbang punca penipisan lapisan ozon. Selain itu, langkah-langkah lain juga diambil seperti menggunakan tenaga alternatif, menjalankan projek penghutanan semula, mengurangkan pembakaran terbuka, mengurangkan ujian tenaga nuklear dan lain-lain.
                        Kesimpulannya, semua manusia haruslah memandang serius masalah ini. Kita haruslah berupaya dan bekerjasama untuk mengurangkan atau mencegah penipisan lapisan ozon supaya generasi yang akan datang dapat mewarisi alam sekitar yang baik.

PEMANASAN GLOBAL


Ditulis oleh:Ang Wei Jian                               No.Matrik:205966

Pemanasan Global

Secara umumnya suhu purata Bumi tidak begitu stabil, malah berubah mengikut masa,seperti yang telah dibuktikan melalui analisis lapisan geologi. Planet kita adalah beberapa puluh darjah lebih sejuk pada 20000 tahun yang lepas, iaitu pada puncak zaman salji glasier. Perubahan suhu ini sebenarnya amat perlahan, suhu berubah sebanyak 0.2 darjah dari tahun 1000 sehingga hujung kurun ke-19.
Faktor Pemanasan Global
Panel Antara Kerajaan tentang Perubahan Cuaca (IPCC) ditubuhkan pada 1988 oleh Pertubuhan Meteorologi Sedunia serta Program Alam Sekitar Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Kegiatan terasnya adalah menyemak dan menilai maklumat saintifik, teknikal dan sosio-ekonomi yang terkini. Saintis alam sekitar telah ditempatkan dipelbagai lokasi strategik dan mengumpulkan laporan iklim dan cuaca seluruh dunia secara sestermatik. Dapatan daripada kajian ini amat memeranjatkan terutama berhubung tentang faktor pemanasan global dan kesan jangka pendek dan panjang daripadanya.
·         Laparan 1 (1990) dan Laporan 2 (1995) IPCC menunjukan banyak ketidakpastian iklim dunia dan bersifat negative. Pemanasan global ini akan menjejaskan manusia atau tamadunnya.
·         Laporan ketiga (2001) berkisar kepada “Menangani Perubahan Iklim”.
·         Laporan Penilaian Keempat tentang Perubahan Iklim (2007).
Kajian mendapati 98% punca pemanasan global ialah pelepasan karbon dioksida akibat pembakaran bahan bakar fosil yang telah dilakukan sejak abad ke-18. Perubahan penggunaan tanah menyumbang 20 peratus pelepasan karbon dioksida.Kesan rumah hijau lebih hebat dan iklim dunia akan berubah secara mendadak, tanpa dapat dibendung lagi.
Kesan Rumah Hijau
Seperti yang telah kita dapati, menurut hukum Wien, sifat sinaran dari satu objek bergantung kepada suhunya. Matahari yang menpunyai suhu permukaan 6000 darjah, bersinar terutamanya di dalam gelombang tampak dimana tenaganya masuk secara mudahnya ke atmosfera kita. Tetapi, disebabkan suhhu Bumi jauh lebih rendah dari suhu Matahari, planet kita mengeluarkan kembali tenaga ini dalam bentuk sinaran inframerah. Gas-gas tertentu seperti karbon dioksida, methane dan nitrogen oksida, yang juga lutsinar dalam gelombang tampak, adalah legap dalam sinaran inframerah. Ciri-ciri mereka ini menghalang tenaga dari keluar semula ke angkasa lepas. Mereka menyerap tenaga tersebut menjadikan atmosfera kita panas. Sebahagian besar tenaga solar ini diserap oleh atmosfera bawahan, seperti yang terjadi keatas planet Zuhrah.
Pelepasan Karbon Dioksida
Impak pelepasan karbon dioksida tidak difahami ramai kerana gas tersebut tidak berbau dan bukan toksik. Konsentrasi karbon dioksida di atmosfera telah meningkat daripada kira-kira 280 bahagian sejuta (ppm) dicatat di kurun ke-18 (sebelum era revolusi perindustrian) kepada 379 ppm pada tahun 2005.
Menjelang 2099 kadarnya meningkat kepada 700 ppm jika cara hidup sekarang berterusan. Secara bandingan, planet lain seperti Marikh, suhunya kira-kira 400 darjah celcius dan 90 peratus daripada atmosferanya adalah karbon dioksida. Hampir tiada kehidupan di Marikh dan bumi akan menjadi seperti itu.
IPCC mendesak seluruh kerajaan dan penduduk dunia menstabilkan tahap karbon dioksida di atmosfera kepada paras yang boleh diuruskan iaitu 450 ppm. Bagi menghapuskan kepekatan karbon dioksida di dalam atmosfera, ia mengambil masa antara 200 atau 300 tahun. Walau apapun tindakan pemulihan dilakukan, untuk kembali pulih amat sedikit.
Mulai abad ke-18 majoriti warga dunia menggunakan bahan bakar fosil daripada sumber asas air atau kayu. Dunia ada banyak alternative tetapi kita tidak menggunakan secara bijak, berkesan dan menyeluruh. Kita terlalu bergantung kepada bahan bakar fosil. Negara membangun seperyi India dan China tidak setuju dengan pengurangan penggunaan bahan bakar fosil. 2 bilion penduduk di India dan China menggunakan bahan bakar fosil secara keterlaluan.
Kesan Pemanasan Global
Sumber ekosistem yang ada telah digunakan ke paras maksimum dengan penangkapan ikan berlebihan dan pemupusan kawasan besar hutan. Enam billion penduduk dunia kini menggunakan sumber asli secara berlebihan dan tidak terkawal. Jika pemanasan global berterusan, manusia dan tamadunnya akan pupus sebagaimana pupusnya dinosaur.
Tenaga Alternatif
Tenaga alternative seperti tenaga nuklear dan suria sebagai alternatif yang berdaya maju. Malaysia perlu meneroka dan mempelajari sendiri tenaga nuklear sebagaimana Korea dan Jepun. Malaysia menerima 300 hingga 400 watt satu meter persegi cahaya matahari. Justeru, tenaga suria juga merupakan satu sumber yang mencukupi di Malaysia.





EL-NINO


ANG CHIN WAH
206009


El- Nino


El- Nino/ La Nina- osilasi selatan (El Niño/La Niña-Southern Oscillation), atau ENSO, adalah kuasi- berkala yang berlaku di Lautan Pasifik tropika kira- kira setiap lima tahun, tetapi berbeza dalam tempoh dalam linkungan tiga hingga tujuh tahun. Fenomena tersebut diciri dengan variasi suhu permukaaan timur Lautan Pasifik tropika, iaitu pemanasan atau pedinginan yang dikenali sebagai El- Nino dan La- Nina masing- masing, serta tekanan udara permukaan di Pasifik barat tropika yang dikenali sebagai osilasi selatan. Kedua- dua variasi tersebut digabungkan: fasa laut hangat, El Niño, menyertai tekanan udara permukaan yang tinggi di sebelah barat Pasifik, manakala  fasa sejuk, La Nina, menyertai tekanan udara permukaan rendah di barat Pasifik. Mekanisme yang menyebabkan ayunan tetap dikaji.

ENSO menyebabkan cuaca ekstrem seperti banjir, kekeringan dan gangguan cuaca lain di banyak kawasan di dunia. Negara-negara membangun yang bergantung kepada pertanian dan perikanan, terutama yang bersempadan dengan Lautan Pasifik, adalah yang paling terjejas. Dalam penggunaan popular, "El Niño-Southern oscillation" sering disebut hanya "El Nino". El Nino adalah bahasa Sepanyol untuk "anak" dan merujuk pada anak Kristus, kerana pemanasan secara berkala di Pasifik yang berhampiran Amerika Selatan biasanya berlaku pada sekitar waktu Natal.

Definisi

El- Nino ditakrifkan sebagai perbezaan suhu permukaan Lautan Pasifik yang berterusan apabila dibandingkan degan nilai purata. Definisinya ialah pemanasan atau pendinginan sekurang- kurangnya 0,5 ° C (0,9 ° F) melinkungi timur-tengah Lautan Pasifik tropika. Biasanya, kejadian tersebut terjadi pada jeda yang tidak teratur dari dua hingga tujuh tahun dan berlangsung selama sembilan bulan hingga dua tahun. Apabila pemanasan atau pendinginan berlaku selama tujuh hingga sembilan bulan, ia diklasifikasi sebagai keadaan El- Nino/ La- Nina. Apabila ia berlaku dari lima hingga tujuh bulan sahaja, ia diklasifikasikan sebagai episod El- Nino/ La- Nina.

 Tanda- tanda awal El- Nino


  • Peningkatan tekanan permukaan di Lautan India, Indonesia, dan Australia.

  • Penurunan tekanan udara di Tahiti dan selebihnya dari tengah dan timur Lautan Pasifik.

  • Angin Pusat di Pasifik selatan timur menjadi lemah atau menuju ke timur.

  • Hawa hangat  meningkat berhampiran Peru, menyebabkan hujan di gurun utara Peru.
  • Air hangat tersebar dari barat Pasifik dan Lautan Hindi ke timur Pasifik. Kejadian tersebut mendatangkan hujan, menyebabkan kekeringan yang keterlaluan di barat Pasifik dan hujan di timur Pasifik yang biasanya kering.


Kebiasaannya, lautan Pasifik sentiasa ditiupi angin timur iaitu hembusan angin timur ke barat yang meniup air laut hangat jauh dari lautan bahagian timur - sebelah Peru dan Chile - menuju ke barat lautan Pasifik, mengarah pantai Australia dan kepulauan Filipina.
Permukaan air ini diganti dengan air sejuk yang terjadi dari arus Antartic Humbolt Current yang sentiasa datang dari pantai benua Amerika Selatan. Ini menyebabkan suhu permukaan laut di bahagian tengah dan timur lautan Pasifik menjadi lebih sejuk dari bahagian barat. Bagaimanapun, dalam tahun-tahun terjadinya El Nino, angin timuran berkurangan.
Oleh itu, air hangat yang sepatutnya menuju ke arah barat sebaliknya berputar balik merintangi lautan Pasifik. Ini mengakibatkan memperlahankan kejadian Arus Humbolt yang sejuk, menyebabkan timur Pasifik, yang sepatutnya menjadi sejuk, menjadi hangat sebaliknya. Semasa air laut hangat memanaskan udara di atasnya, ia menaikkan daya pengapungan lapisan bawah atmosfera, yang mana menyebabkan pengolakan awan dan hujan lebat.
Apabila El- Nino berlangsung selama berbulan- bulan, pemanasan lautan luas akan berlaku dan menyebabkan kesan ekonomi yang ketara terhadap ekonomi nelayan tempatan bagi pasaran antarabangsa.

Punca

Punca sebenar yang mengakibatkan fenomena ini masih lagi dikaji.
Kesan fasa hangat ENSO (El- Nino)

Amerika Selatan

Peningkatan hujan berlaku di timur-tengah dan timur Lautan Pasifik. Kesan El Nino di Amerika Selatan adalah lebih langsung dan kuat daripada di Amerika Utara. El Nino diikuti dengan cuaca hangat dan basah pada bulan Disember hingga Januari di sepanjang pantai utara Peru dan Ecuador, menyebabkan banjir besar yang kuat atau ekstrem. Kesannya pada bulan Februari, Mac dan April mungkin menjadi kritis. Sepanjang pantai barat Amerika Selatan, El Nino mengurangkan kejulangan sejuk dan air yang kaya dengan nutrisi untuk menampung  populasi ikan besar,yang secara langsung menampung burung laut. Hal ini menyebabkan ikan sepanjang pantai Peru berkurangan. Industri perikanan tempatan di sepanjang pantai yang juga mengalami implikasi daripada kejadian El Nino yang berterusan.

ENSO boleh memberi peluang kepada spesies kecil yang cepat bertumbuh disepanjang pantai Peru, akibat populasi yang rendah menyingkirkan pemangsa di kawasan tersebut. kesan yang serupa juga menmanfaatkan burung yang sering berhijrah pada setiap musim bunga dari kawasan tropika yang di mana terdapat banyak pemangsa ke kawasan sarang yang mengalami tekanan angin.

Brazil selatan dan utara Argentina juga mengalami keadaan yang lebih basah daripada normal terutamanya semasa musim bunga dan awal musim panas. Chile Tengah menerima musim sejuk yang lebih dingin dengan hujan yang lebat, dan Peru-Bolivia Altiplano kadang-kadang terbabit dalam peristiwa hujan salji musim sejuk yang tidak biasa. Cuaca yang kering dan panas berlaku di bahagian-bahagian di Sungai Amazon Basin, Colombia dan Amerika Tengah.

Amerika Utara

Pengaruhan El- Nino telah menyebabkan musim sejuk lebih hangat dan lebih kering daripada purata di barat laut, tengah barat laut, dan tengah timur laut Amerika Syarikat, dan kerananya menyebabkan pengurangan salji dari biasanya. Sementara itu, musim sejuk secara ketara lebih basah di barat laut Mexico dan barat daya Amerika Syarikat termasuk tengah dan selatan California, manakala musim sejuk di timur laut Mexico dan sebelah tenggara Amerika Syarikat (termasuk wilayah Tidewater Virginia) lebih sejuk dan basah dari biasa selama fasa osilasi El Nino.  


Di Kanada, musim sejuk yang lebih hangat dan kering berlaku di sebahagian besar negara , walaupun variasi kurang ditemui di Wilayah Maritim. Musim panas yang berikut  didapati hangat dan kadang-kadang kering dan menyebabkan kebakaran hutan di merata-rata tempat sepanjang Tengah / Timur Kanada. Dipercayai juga pada Januari 1998, fenomena ribut ais yang menghancurkan sebahagian daripada Selatan Ontario dan Quebec Selatan, adalah disebabkan kesan pemanasan daripada El- Nino. El- Nino menghangatkan Vancouver semasa Sukan Olimpik 2010 berlangsung pada musim sejuk, sehingga daerah tersebut mengalami musim sejuk subtropis.

Pengaruhan El Nino pada musim panas pula adalah lebih basah dari biasa di di barat laut, tengah barat laut, dan tengah timur laut dan daerah pergunungan di Amerika Syarikat.

Negara- Negara Lain
Di Afrika, Timur Afrika, termasuk Kenya, Tanzania dan pengalaman cekungan Nil Putih, telah mengalami hujan panjang dari bulan Mac hingga Mei, dan lebih basah daripada keadaan normal. Ada juga yang lebih kering daripada keadaan normal dari Disember hingga Februari di Afrika Selatan-pusat, terutama di Zambia, Zimbabwe, Mozambique dan Botswana. kesan langsung El Niño menyebabkan keadaan kering berlaku di beberapa bahagian Asia Tenggara dan Australia Utara, meningkatkan kebakaran hutan dan kabut yang serius serta  penurunan kualiti udara secara dramatik. Didapati juga Queensland, pedalaman Victoria, pedalaman New South Welsh dan Tasmania timur lebih kering daripada biasa dari bulan Jun hingga Ogos. Barat Semenanjung Antartika, yang Ross, Bellingshausen, dan sektor Laut Amundsen mempunyai lebih banyak ais laut semasa berlakunya El Niño. Bellingshausen, Laut Amundsen dan Laut Weddell juga menjadi lebih hangat dan mempunyai tekanan atmosfera yang lebih tinggi.

Kesan El- Nino di Eropah tidak jelas sepenuhnya, tapi kurang terpengaruh seperti  sebahagian besar benua lain. Ada beberapa bukti bahawa El- Nino boleh menyebabkan keadaan yang lebih basah, musim sejuk yang kabur di Eropah Utara dan bagi situasi yang lebih ringan, musim sejuk lebih kering di kawasan Laut Mediterranean. Musim sejuk El- Nino yang luar biasa didapati pada tahun 2006/2007 di Inggeris dan Eropah Barat, dan liputan salji Alp juga sangat sedikit pada musim itu.

Baru-baru ini, Singapura mengalami kekeringan pada bulan Februari pada tahun 2010 sejak pencatatan bermula pada tahun 1869. Dengan hanya 6,3 milimeter air hujan turun pada bulan tersebut dan suhu mencecah setinggi 35 darjah Celsius pada tarikh 26 Februari. 1968 dan 2005 menunjukkan bulan Februari yang terkering  ketika hanya 8,4 mm hujan turun.

Kesan fasa dingin ENSO (La- Nina)
Amerika Selatan
 
Wabak kekeringan berlanda di sekitar daerah pesisir di Peru dan Chile. Dari bulan Disember sampai Februari, Brazil utara lebih basah dari biasanya.

Amerika Utara

La Nina menyebabkan sebahagian besar kesan berlawanan dari El Nino. La Nina menyebabkan hujan merata-rata di tengah barat Utara, Rockies Utara, California utara, dan di daerah selatan dan timur barat laut Pasifik. Sementara itu didapati penurunan hujan di negara bahagian barat daya dan tenggara yang lebih rendah daripada purata.
La- Nina berlaku pada tahun 1904, 1908, 1910, 1916, 1924, 1928, 1938, 1950, 1955, 1964, 1970, 1973, 1975, 1988, 1995.

Aktiviti taufan tropika Atlantik meningkat secara ketara selama La Nina.

Di Kanada, La Nina akan menyebabkan kesejukan, musim sejuk yang lebh bersalji, seperti yang dicatat tentang jumlah salji yang memecahkan rekod pada musim sejuk 2007/2008 La Nina di Kanada Timur.

Asia
Sepanjang tahun La- Nina, pembentukan taufan tropika, bersama-sama dengan kedudukan belakang subtropis, bertukar ke arah barat melintasi bahagian barat Lautan Pasifik, yang meningkatkan ancaman terhadap daratan China daratan. Pada bulan Mac 2008, La Nina menyebabkan penurunan suhu permukaan laut di Asia Tenggara dengan jumlah 2 ° C. Hal ini juga menyebabkan hujan deras di Malaysia, Filipina dan Indonesia.