Dihasilkan oleh:MOHD HATTA BIN AMRI
No matrik:20589
AKIBAT PEMBALAKAN TIDAK TERKAWAL
seperti yang semua sedia maklum,hutan merupakan salah satu sumber alam yang sangat bernilai dan memberi pelbagai manfaat dan pulangan kepada manusia.Aktiviti pembangunan yang begitu pesat menyebabkan kawasan hutan semakin berkurangan dari semasa ke semasa.Antara aktiviti-aktiviti tersebut adalah seperti pembinaan kawasan perumahan,kawasan perindustrian dan sebagainya.Kesemua aktiviti tersebut telah mengakibatkan kawasan hutan di teroka dengan begitu rakus.Disamping itu,terdapat juga aktiviti pembalakkan haram di sesuatu kawasan hutan.Aktiviti ini sememangnya dilakukan untuk mengaut keuntungan yang berlipat kali ganda tanpa memikirkan kepentingan hutan kepada manusia sejagat.Menurut satu kajian hutan di dunia pernah meliputi 60% daripada kawasan dataran bumi yang kini hanya tinggal sesetengah sahaja.
Terdapat pelbagai kesan aktiviti pembalakan yang tidak terkawal dalam kehidupan seharian kita.Antara kesan-kesan tersebut adalah seperti peningkatan suhu bumi.Hal ini terjadi adalah disebabkan oleh pancaran terus cahaya matahari di permukaan bumi tanpa halangan daripada pokok-pokok di hutan.Pokok-pokok yang telah ditebang akan mengakibatkan sesuatu kawasan tersebut menjadi rata dan hal ini akan memgakibatkan pancaran terus cahaya matahari di permukaan bumi.Oleh hal yang demikian,suhu bumi akan meningkat dan situasi ini secara tidak langsung memberi kesan dalam kehidupan kita. .
Kesan yang seturusnya akibat daripada aktiviti pembalakan yang tidak terkawal ialah kepupusan flora dan fauna.Disebabkan aktiviti pembalakan flora dan fauna yang terdiri daripada pelbagai jenis tumbuh-tumbuhan dan binatang akan pupus.Hal ini terjadi kerana hutan merupakan hibitat ataupun tempat tinggal kepada kelompok tersebut.Flora dan fauna merupakan salah satu eset terpenting kepada sesebuah negara.Bilangannya semakin hari semakin berkurangan akibat daripada aktiviti pembalakan.Ianya mampu menjadi daya penarik kepada aktiviti pelancomgan di sesebuah negara. tersebut.Sekiranya flora dan fauna ini pupus maka tarikan pelancong ke seseatu tempat tersebut menjadi kurang.Kedatangan pelancong asing ke seseatu tempat itu secara tidak langsung akan meningkatkan taraf ekonomi penduduk setempat dan hal ini juga boleh menguntungkan negara kerana pengaliran matawang asing di dalam negara.Kepupusan flora dan fauna juga akan mengakibatkan generasi akan datang tidak mengetahui dan mengenali tentang kewujudan flora dan fauna tersebut .Hal ini amat merugikan kerana mereka tidak dapat melihat sendiri flora dan fauna tersebut.Selain itu,sember perubatan tradisional seperti kacip fatimah dan tangkat ali akan musnah akibat daripada aktiviti pembalakanBagi orang-orang yang tinggal di dalam kawasan hutan seperti orang asli sumber makanan dan pendapatan mereka turut terjejas.
Seterusnya,hutan-hutan yang diterokai menyebabkan tanah yang dilindungi terdedah kepada pelbagai bencana alam.Hal ini berpunca daripada hutan tidak lagi dapat berfungsi sebagai kawasan tadahan hujan. Apabila hujan lebat melanda sesuatu kawasan,air yang turun tersebut terus menghakis permukaan bumi yang gondol tersebut lalu membawa hakisan tanah-tanah ini ke dalam sungai. Kejadian ini dapat kita lihatmisalnya pada kejadian tanah runtuh. Kejadian ini berlaku kerana ketiadaan akar tumbuhan yang meneengkam tanah£¬ terutamanya tebing atau tanah tinggi. Sungai pula akan menjadi semakin cetek sebagai akibat pemendakan tanah lumpur di dasarnya. Keadaan ini akan menyebabkan banjir kilat lebih mudah melanda. Selain itu£¬ tanah yang terdedah kepada panearan cahaya matahari akan menjadi kontang dan tidak subur untuk aktiviti pertanian. Keadaan dan kejadian ini membuktikan bahawa penerokaan kawasan hutan menyebabkan manusia terdedah kepada kejadian bencana alam
Selain yang dinyatakan di atas,kesan yag seterusnya ialah kawasan tadahan air hujan terjejas.Seperti yang diketahui umum air merupakan keperluan asas kepada kesemua hidupan di muka bumi.Kandungan air bersih yang terkandung di permukaan bumi adalan sedikit jumlahnya jika dibandingkan dengan jumlah air yang tidak bersih.Oleh itu,takungan air hujan di bukit-bukit boleh menjadi sember air bersih kepada penduduk-penduduk yang tinggal di kawasam pedalaman.Pada kebiasaanya aktiviti pembalakan yang di jalankan di kawasan tersebut mungkin meninggalkan kesan yang negatif kepada penduduk setempat seperti pencemaran air yang disebabkan oleh aktiviti yang dijalankan.Hal ini menimbulkan masalah kepada setip penduduk di kawasan tersebut.
Kesimpulannya, kawasan hutan mempunyai pelbagai khazanah yang sangat bernilai dan perlu dipelihara agar ianya terus berkekalan. Pihak Kerajaan harus menguatkuasakan undang-undang dengan lebih tegas agar pembalakan haram dapat diatasi dengan sepenuhnya. Aktiviti Pembalakan secara terancang harus diamalkan supaya hutan tidak musnah dan semua kehidupan yang menghuninya tidak akan pupus. Kempen seperti antipengimportan kayu hutan tropika merupakan satu tindakan yang bijak daripada negara?negara maju bagi membendung masalah ini. Oleh itu,negara-negara maju harus bekerjasama dengan negara-negara yang ekonominya bergantung pada aktiviti pembalakan. Dengan cara inipembalakan terkawal dan aktiviti pertanian terkawal dapat diperkenalkan dan diamalkan.
No comments:
Post a Comment