Monday, October 4, 2010

EARTH HOUR

Ø  MUHAMMAD NAZRIN SHAH BIN ZAKARIA
Ø  206032

Pengenalan

Pernahkah anda mendengar Earth Hour? Apakah program Earth Hour? Untuk makluman pembaca yang belum tahu, tidak tahu atau baru sahaja tahu tentang program ini.Earth Hour merupakan satu acara tahunan peringkat antarabangsa yang dianjurkan oleh WWF dalam menangani masalah pemanasan global. Semasa acara ini dijalankan, penduduk dunia disarankan supaya tidak menggunakan peralatan elektrik selama satu jam pada hari Sabtu terakhir bulan March pada setiap tahun.
Earth Hour telah diilhamkan oleh WWF dan The Sydney Morning Herald pada tahun 2007 untuk meningkatkan kesedaran penduduk dunia tentang pemanasan global yang semakin memuncak. Buat pertama kalinya, penduduk Sydney yang berjumlah 2.2 juta orang bergelap semasa acara Earth Hour ini diadakan pada 2007. Pada tahun 2008 dan 2009, berlaku pertambahan negara (termasuklah Malaysia) dan bandar-bandar besar lain yang turut menyertai acara ini.
Earth Hour bermula pada 2007 di Sydney, Australia ketika 2.2 juta orang dan lebih dari 2000 perniagaan mematikan peralatan elektrik mereka selama satu jam untuk membantah perubahan iklim dunia.Setahun kemudian dan Earth Hour telah menjadi sebuah gerakan keberlanjutan global dengan lebih daripada 50 juta orang di 35 buah negara yang menyertainya seperti Sydney Harbour Bridge, Menara CN di Toronto, Golden Gate Bridge di San Francisco, dan Colosseum Rom, semuanya berada dalam kegelapan, sebagai simbol harapan untuk kehidupan yang lahir setiap jam.
     
 
 
Pada bulan Mac 2009, beratus-ratus juta orang mengambil bahagian dalam Earth Hour fasa ketiga. Lebih dari 4000 bandar di 88 negara rasmi memadamkan lampu bagi menjamin sokongan mereka untuk planet ini, membuat Earth Hour 2009 menjadi inisiatif dalam membantah perubahan besar iklim dunia.

 Pada Sabtu 27 Mac, kempen  Earth Hour 2010 menjadi yang terbesar pernah dijayakan. Mencatat rekod iaitu disertai  128 negara dan wilayah yang bersama-sama dalam menentang perubahan iklim dunia. Bangunan yang menjadi ikon dan tumpuan dari Asia Pasifik ke Eropah dan Afrika ke Amerika dimatikan lampunya. Orang-orang di seluruh dunia dari semua lapisan masyarakat turut mematikan lampu, dan turut bersama-sama menjayakan dan merenungkan hal yang menjadi persamaan kepada kita semua – planet kita.

Earth Hour 2011 yang akan berlangsung pada hari Sabtu bersamaan 26 Mac pada jam  8.30 malam (waktu tempatan). Kempen ini diharap akan menjadi perhatian bagi setiap individu,ahli perniagaan dan setiap komuniti di seluruh dunia untuk berdiri bersama-sama, ber tanggung jawab  untuk terlibat dan memimpin perjalanan global dunia untuk masa depan yang lebik baik.
Fakta Earth Hour
Menurut WWF Thailand, Bangkok mengurangkan penggunaan elektrik sebanyak 73.34 megawatt, dimana, satu jam, sama dengan 41.6 ton karbon dioksida. Bangkok Post memberikan perbezaan rajah 165 megawatt-jam dan 102 tan karbon dioksida. Ini telah berkurang dibanding kempen yang dibuat Majlis Bandar Bangkok pada tahun sebelumnya dalam Mei dimana 530 megawatt-jam telah dijimatkan dan 143 tan emisi karbon dioksida telah dipotong. Toronto menjimatkan 900 megawatt-jam penggunaan elektrik. 8.7% telah dijimatkan jika dibandingkan dengan malam Sabtu yang lain pada bulan Mac. Ireland, keseluruhannya, telah mengalami pengurangan dalam penggunaan elektrik, menggunakan 1.5% pada acara tersebut. Dalam masa tiga jam antara 6:30 petang dan 9:30 malam, telah berlaku pengurangan 50 megawatt, menjimatkan 150 megawatt-jam, atau sekitar 6 ton karbon dioksida.
Di Dubai, di mana lampu luar dibeberapa bandar utama tanah besar telah dimatikan dan lampu jalan dikawasan terpilih telah dimalapkan sehingga 50%, Electricity and Water Authority melaporkan penjimatan 100 megawatt-jam penggunaan elektrik. Ini merupakan pengurangan 2.4% penggunaan elektrik dibandingkan jam sebelumnya.
Sky Tower di Auckland, New Zealand, menghentikan mandi cahaya semasa Earth Hour, dan meneruskan selepas itu.
Keputusan terbaik berasal dari Christchurch, New Zealand. Bandar ini melaporkan pengurangan 13% penggunaan elektrik. Bagaimanapun, Transpower melaporkan bahawa penggunaan tenaga New Zealand semasa Earth Hour adalah 335 megawatt, lebih tinggi dari purata 328 megawatt dua Sabtu sebelumnya. Melbourne, Australia telah menjimatkan 10.1% penggunaan elektrik. Sydney, bandar yang menganggotai Earth Hour 2007 dan 2008, menjimatkan 8.4% bekalan elektrik. Walaupun lebih rendah daripada 10.2% tahun sebelumnya, Pengarah eksekutif Earth Hour Andy Ridley membuat keputusan bahawa bandar anggota ini sama seperti tahun sebelumnya dengan pengiraan ruang kesalahan.
Keputusan terburuk dari Calgary, Canada. Penggunaan tenaga di bandar tersebut meningkat 3.6% semasa penggunaan elektrik waktu tersebut.  Bagaimanapun, di Calgary, cuaca memainkan peranan penting dalam penggunaan tenaga, bandar ini mengalami cuaca 12 °C lebih sejuk dari Sabtu sebelumnya.


Mulakan dengan 5K

  • KITA haruslah menyokong terhadap mana-mana organisasi atau individu yang memperjuangkan isu alam sekitar dan perubahan iklim global.Sokongan yang kita berikan akan memperkuatkan lagi semangat untuk memberi nilai kesedaran terhadap dunia.
  • KITA haruslah memulakannya dari rumah kita sendiri. Kebersihan bilik dan rumah haruslah dijaga dengan baik , begitu juga penggunaan barang-barang elektrik.Bermula dari rumah , kita akan menterjemahkannya di luar rumah.
  • KITA haruslah bersikap bijak dengan menunjukkan sifat tanggungjawab dan kesedaran kita terhadap isu ini terhadap masyarakat.Tidak perlu HIPOKRIT. Ubah suasana dan keadaan diri kita,itu kata kunci.
  • KITA haruslah menjadi ejen penyedar terhadap isu ini. Sebarkan dan maklumkan kepada keluarga , sahabat , kawan-kawan , jiran tetangga , rakan YM , rakan blogger , dan sesiapa sahaja yang anda kenal. Anda dapat pahala , dunia berubah wajah.
  • KITA haruslah menunjukkan kepada dunia bahawa ISLAM merupakan agama yang menuntut penganutnya agar mencintai alam sekitar dan peka terhadap isu ini.

1 comment: