Monday, October 4, 2010

PENAPISAN LAPISAN OZON

LOK WEI LEE
205632


Penipisan Lapisan Ozon



                      Pada permukaan bumi, terdapat satu lapisan gas yang dinamakan sebagai lapisan ozon. Lapisan ozon ini mula dikenali oleh seorang ilmuwan dari Jerman dan namanya ialah Christian Friedrich Schonbein pada tahun 1839.Lapisan ozon ini wujud di antara lapisan Stratosfera dan Mesostera dan ia terletak di antara 15 hingga 35 kilometer dari permukaan bumi. Ozon terbentuk dari tiga oksigen (O3  ). Ia merupakan gas yang tidak berwarna dan juga beracun jika ia berdekat pada permukaan bumi. Apabila ozon dihisap, ia akan merusak paru-paru. Tetapi, jumlah kandungan ozon adalah sangat sedikit.
 

                        Walaupun jumlah molekul adalah sangat sedikit, ia merupakan lapisan pelindungan utama bumi dari bahaya sinar radiasi Ultra Violet (UV) yang dipancarkan oleh matahai. Lapisan ini sangat penting kerana lapisan ini dapat menyerap radiasi UV dari matahari dan melindungi radiasi yang tinggi sampai ke permukaan bumi. Radiasi UV merupakan tenaga panas yang berasal dari matahari. Jenis radiasi ini dapat diklasifikasi menurut panjang gelombangnya. Ia diukur dalam unit nanometer (nm). Bagi radiasi yang mempunyai panjang gelombang yang pendek, ia mempunyai tenaga yang besar. Oleh itu, radiasi UV yang mempunyai jarak gelombang yang pendek ini boleh merusak semua kehidupan dalam bumi. Jadi, lapisan ozon ini berfungsi sebagai melindungi bumi daripada kemusnahan radiasi UV sebelum ia sampai ke permukaan bumi dan merusak kehidupan bumi. Selain itu, lapisan ini juga boleh mempengaruhi suhu bumi. Semakin nipis lapisan ozon, semakin tinggi suhu di dalam bumi kerana lebih banyak radiasi UV memasuki ke dalam bumi.


                        Penipisan lapisan ozon berlaku adalah disebabkan gas buatan manusia, iaitu kloroflorokarbon (CFC). CFC ini merupakan penyebab utama penipisan lapisan ozon dan ia banyak digunakan dalam masyarakat perindustrian kini terutamanya kilang-kilang elektronik. Banyak peralatan juga melepaskan gas CFC ini ke dalam udara, contohnya kulkas, hawa dingin, bahan dorong dalam penyembur dan lain-lain.
 
                        Gas CFC yang dilepaskan akan naik ke atas lapisan ozon. Pada mulanya, CFC ini akan disinar oleh radiasi UV dan kemudian molekul CFC akan menyerap tenaga yang mencukupinya untuk terurai dan melepaskan 1 atom klorin. Atom klorin yang terlepas ini akan bergerak-gerak di dalam lapisan ozo n dan memusnahkan ozon. Atom klorin ini akan bereaksi dengan ozon dan ia akan memecahkan ozon(O3) kepada oksida(O) dan oksigen(O2). Oleh itu, kandungan ozon akan menjadi semakin kurang manakala kandungan oksida dan oksigen menjadi semakin meningkat. Inilah merupakan proses yang menghasilkan penipisan lapisan ozon dan lubang ozon.


                        Oleh itu, beberapa langkah yang efektif harus dijalankan untuk mengatasi dan menghalangkan lapisan ozon terus diancam. Antaranya ialah penguatkuasaan undang-undang Akta Kualiti Alam Sekitar 1974. Akta ini akan memberi dendaan, kompaun atau menarik lesen ke atas penyumbang punca penipisan lapisan ozon. Selain itu, langkah-langkah lain juga diambil seperti menggunakan tenaga alternatif, menjalankan projek penghutanan semula, mengurangkan pembakaran terbuka, mengurangkan ujian tenaga nuklear dan lain-lain.
                        Kesimpulannya, semua manusia haruslah memandang serius masalah ini. Kita haruslah berupaya dan bekerjasama untuk mengurangkan atau mencegah penipisan lapisan ozon supaya generasi yang akan datang dapat mewarisi alam sekitar yang baik.

No comments:

Post a Comment