Monday, October 4, 2010

KITAR SEMULA


KITAR SEMULA


KITAR SEMULA
NAMA:AZHAR BIN AMRAN
NO.MATRIK:205987

      Sejak kebelakangan ini,kita sering didedahkan dengan berita mengenai kemusnahan alam dalam media masa. Kemusnahan alam ini semakin menggusarkan semua pihak. Pelbagai langkah telah dilaksanakan,salah satunya ialah kitar semula dan guna semula.
             Kitar semula didefinisikan sebagai satu proses mengolah semula bahan buangan  untuk menghasilkan barangan yang baru. Kitar semula mengurangkan bahan buangan, mengurangkan penggunaan bahan mentah baru, menggurangkan penggunaan tenaga, mengurangkan pencemaran udara (terhasil daripada pembakaran), dan pencemaran air (daripada tapak perlupusan) dan mengurangkan pengeluaran gas rumah hijau berbanding penghasilan barang baru dari bahan mentah. Kitar semula adalah komponen utama bagi pengurusan bahan buangan moden dan komponen ketiga bagi "Pengurangan pembaziran, Guna semula, Kitar semula" hieraki buangan.
             Bahan boleh dikitar semula termasuk kebanyakan jenis kaca, kertas, logam, plastik, tekstil, dan elektronik. Sungguhpun sama berkesan, penghasilan kompos atau kegunaan lain bahan buangan biodegradable – seperti sampah makanan atau lebihan taman – biasanya tidak dianggap kitar semula.  Bahan yang hendak dikitar semula samaada dibawa ke tapak pengumpulan atau dikutip dari tepi jalan dan disusun, bersih, dan diproses semula menjadi bahan baru bagi pengilangan.
              Dalam erti sebenar, mengitar semula bahan buangan akan menghasilkan bekalan baru bagi bahan yang sama, sebagai contoh kertas pejabat terpakai digunakan bagi menghasilkan kertas pejabat yang baru, atau polystyrene terpakai digunakan bagi menghasilkan polystyrene lain. Bagaimanapun, ini seringkali terlalu sukar atau terlalu mahal (berbanding dengan menghasilkan keluaran yang sama dari bahan mentah atau sumber lain), dengan itu kebanyakan barangan atau bahan "kitar semula" sebaliknya membabitkan kegunaan semula bagi menghasilkan bahan lain (contoh., kadbord). Satu bentuk lain kitar semula adalah mengasingkan bahan tertentu dari keluaran rumit, sama ada disebabkan nilai intrinsik (contoh, plumbum dari bateri kereta, atau emas dari komponen komputer), atau akibat sifat beracunnya (contoh, mengeluarkan dan mengitar raksa dari pelbagai bahan).
              Pengkritik sering-kali mempertikai kebaikan bersih dari segi ekonomi dan persekitaran mengitar berbanding kosnya, dan mencadangkan penyokong kitar semula sering kali menjadikan keadaan lebih teruk dan mengalami pengesahan berat sebelah. Khususnya, pengkritik mendakwa bahawa kos dan tenaga yang digunakan dalam pengumpulan dan penggangkutan mengurangkan (dan melebihi) kos dan tenaga yang dijimatkan dalam proses pengilangan; juga kerja yang dihasilkan oleh industri kitar semula adalah pertukaran merugikan kepada kehilangan kerja dalam pembalakan, perlombongan, dan industri lain yang dikaitkan dengan pengeluaran baru; dan bahan seperti pulp kertas hanya boleh dikitar beberapa kali sebelum penguraian bahan menghalang lanjutan pengitaran semula. Penyokong kitar semula menafikan semua tuduhan, dan pengesahan pendapat kedua pihak mendorong kepada pertikaian yang berpanjangan.
                Pada kebiasaannya, kita hanya memandang remeh akan sampah yang kita buang setiap hari. Tentu ada diantara kita yang berfikir kemana perginya sampah sarap yang kita buang setiap hari dan apakah yang terjadi kepadanya sebaik sahaja ia dipungut oleh lori sampah. Realitinya lori sampah tidak dapat menghapuskannya begitu sahaja. Untuk pengetahuan anda, sampah-sampah tersebut akan diangkut ke tapak pelupusan sampah yang berhampiran.
                Namun begitu, kapasiti sebuah tapak pelupusan sampah di negara kita semakin terhad dan tidak dapat menampung jumlah sampah yang terkumpul setiap hari. Pada masa yang sama, negara kita terpaksa menghabiskan jutaan ringgit untuk mengangkut dan melupuskan sampah yang terkumpul. Lebih membimbangkan kita lagi, kini timbul pula rungutan tentang pencemaran, resapan bahan kimia ke dalam sumber air bawah tanah dan isu-isu keselamatan yang berkaitan. Kini, sudah tiba masanya kita menangani masalah ini sebelum terlewat. Ingatlah, fikir dulu sebelum buang! Jadikan amalan kitar semula sebagai sebahagian hidup kita.
                Kitar semula untuk memelihara ruang hidup kita. Pada masa ini terdapat kira-kira 230 tapak pelupusan sampah di negara kita, Malaysia. Setiap satunya berkeluasan antara 20 hingga 150 ekar, bergantung pada lokasi dan jumlah sampah yang dibuang oleh masyarakat di sekitar kawasan tersebut. Sebaik sahaja sebuah tapak pelupusan sampah dipenuhi sampah, tapak baru pula akan dibuka. Lambat laun, tapak-tapak ini akan berkembang dan menular mencerobohi ruang hidup kita. Adakah anda sanggup suatu hari nanti duduk berjiran dengan tapak pelupusan sampah? Bagi saya, pada ketika itu sudah pasti keselesaan kita seperti hari ini tidak dapat dirasai lagi.
               Jika anda tertanya-tanya, apakah kepentingan kitar semula kepada masyarakat,antaranya;
Kitar semula untuk mengurangkan pencemaran,
Longgokan bahan buangan di dalam tong sampah, lori atau tapak pelupusan sampah merupakan salah satu punca pencemaran dalam iklim tropika. Amalan mengitar semula dapat mengurangkan ancaman alam sekitar seperti pencemaran air bawah tanah dan pencemaran udara.
Kitar semula untuk menjimatkan kos,
Dalam masa jangka panjang, mengitar semula adalah lebih menjimatkan kos berbanding dengan usaha menyelenggara tapak pelupusan sampah. Jika program kitar semula bertambah cekap, sampah yang perlu dilupus akan semakin berkurangan. Ini seterusnya akan memanfaatkan kita kerana caj untuk pelupusan sampah dapat dikurangkan.
Kitar semula untuk menjimatkan sumber kita,
Tentu ada dalam kalangan kita yang tetanya-tanya, bagaimana kitar semula boleh menjimatkan sumber. Ramai yang tidak sedar bahawa kita sebenarnya membuang sumber yang amat bernilai. Tahukah anda Malaysia kini mengimport lebih daripada 25,000 tan kertas buangan setiap bulan untuk menghasilkan produk kertas bagi menampung permintaan tempatan? Kita juga mengimport bahan buangan lain untuk industri pengeluaran yang lain. Tidakkah lebih baik jika kita mengamalkan kitar semula?
Kitar semula untuk menjimatkan tenaga,
Tenaga yang dapat dijimatkan untuk mengitar semula satu tin aluminium adalah bersamaan dengan tenaga yang digunakan untuk memasang televisyen selama 3 jam. Mengitar semula kaca menurunkan suhu lebur untuk kaca baru sambil menjimatkan sehingga 32% tenaga yang diperlukan untuk pengeluaran kaca.
Kitar semula untuk menyelamatkan hutan, 
Untuk menghasilkan satu tan kertas, sebanyak 17 pohon pokok terpaksa ditebang. Tidakkah anda berasa simpati kepada alam semula jadi ciptaan Tuhan? Mengitar semula kertas akan mengurangkan bilangan pokok yang perlu ditebang. Kita perlu memelihara hutan kerana ia merupakan sumber oksigen dan udara bersih.
Natijahnya,kitar semula merupakan langkah yang terbaik dalam menangani masalah kemusnahan alam sekitar. Pelbagai inisiatif telah dilaksanakan oleh pihak kerajaan,badan bukan kerajaan(NGO),dan masyarakat. Persoalannya,apa yang telah kita lakukan untuk membantu dalam usaha mengitar semula ini? Apakah kita telah memainkan peranan kita sebagai individu dalam menangani masalah kemusnahan alam sekitar? Oleh itu,marilah kita bersama-sama memainkan peranan kita sebagai individu yang bertanggungjawab dalam usaha mengitar semula ini,agar kesinabungan alam ini akan dapat dinikmati oleh generasi yang akan datang. Saya ingin menyebut satu kata-kata hikmah bagi menggambarkan betapa perlunya kita menjaga alam sekitar ini,”kita tidak memiliki alam ini,tetapi kita meminjam alam ini daripada generasi yang akan datang”. Oleh kerana kita meminjamnya,maka kita perlulah menjaganya dengan baik untuk generasi yang akan datang.

3 comments: